Petua Guna Daun Sireh Untuk Hilangkan Batuk Dan Kahak Bayi Dicuba Ibu Ini Berkesan!
Daun sireh memang terkenal banyak kegunaanya untuk rawatan penyakit. Rupanya ia berkesan menghilangkan batuk dan kahak yang dialami oleh bayi. Kasihan tengok bila bayi kena batuk, kahak dan selesema kerana si kecil masih belum tahu cara mengeluarkan kahak dan hingus dari dalam hidung mereka. Akibatnya bayi akan merengek dan meragam kerana sukar untuk menarik nafas akibat hidungnya tersumbat. Selain dari itu batuk juga akan menyebabkan tekaknya gatal dan kering dan akhirnya bayi enggan menyusu. Kalau tak sihat macam tu, ibu bukan sahaja susah hati tapi tak boleh bergerak ke mana kerana bayi hendak ‘melekat’ sahaja. Jika si kecil anda belum cukup 2 tahun, biasanya doktor tak akan memberikan sebarang ubat batuk atau selesema. Jadi bagaimana cara terbaik untuk merawat batuk dan kahak bayi? Ada banyak petua tradisional untuk merawat batuk si kecil yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur atau sekitar rumah kita. Antara yang popular adalah menggunakan bawang puti