Resepi Gulai Kawah Daging Paling Sedap Macam Dekat Kenduri

Image result for gulai daging kawah
Resepi gulai kawah daging. Gulai kawah asalnya ialah gulai daging lembu yang dimasak di dalam kawah. Ia amat popular di Kelantan terutama di musim cuti sekolah / musim kenduri kahwin. Gulai kawah lebih sedap sekiranya dicampurkan dengan sedikit daging tetel yang mengandungi urat dan lemak.
Sebenarnya rasa gulai kawah terletak pada rempahnya, bukan kawahnya. Jadi gulai kawah boleh saja dimasak di rumah, menggunakan periuk. Berikut kami kongsikan cara memasak gulai kawah daging.


Resipi Gulai Kawah Daging

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 40 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk daging masak gulai kawah.
  • 1/2 kg daging lembu tempatan + daging tetel
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu jus asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar rempah gulai kawah (boleh diganti dengan rempah kari daging)
  • Rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1/2 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak masak


Persediaan Bahan-bahan


  • Potong daging melintang urat dan nipis-nipis supaya mudah empuk. Bersihkan, kemudian tuskan.
  • Bancuh serbuk rempah gulai kawah dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  • Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Kupas dan potong baji ubi kentang.
gulai kawah Kelantan Terengganu
Gulai kawah daging Kelantan ... sinonim dengan kenduri kahwin


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak gulai kawah daging.
  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk dengan api sederhana. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang hingga wangi.
  3. Perlahankan api dan masukkan pes rempah gulai kawah. Kacau hingga rempah betul-betul garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau sehingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
  5. Masukkan air, kuatkan api dan masak sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
  6. Kemudian masukkan masukkan santan, kentang dan jus asam jawa. Masak sehingga menggelegak.
  7. Kemudian kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula melaka. Biar mereneh sehingga kuah pecah minyak dan kentang empuk. Kacau sekali sekala untuk elakkan hangit.
  8. Padamkan api dan angkat.


Cadangan Hidangan

Gulai kawah daging enak dimakan bersama nasi atau dicicah roti atau lempeng.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Guna Daun Sireh Untuk Hilangkan Batuk Dan Kahak Bayi Dicuba Ibu Ini Berkesan!

Resepi Kurma Daging Bersama Nasi Minyak Kuning Memang Layanbeb!